Thursday, 2 August 2012

Dugaan & Ujian Allah



setiap ujian dan dugaan Allah berikan itu ade hikmahnya.. sebenarnya.. Allah dah susun aturkan hidup kita dengan perjalanan yang baik.. DIA tahu apa yang terbaik buat  hambanya.. Didalam kehidupan kita ni ibarat masakan yang cukup rasanya masin, manis dan juga pahit begitu juga hidup kita sahabat2.. dalam kehidupan kita ini , Allah sempurnakan kita dgn pelbagai bahan atau perasa iaitu kejayaan, kegagalan, kegembiraan, kesedihan ,kekayaan,kemiskinan , kelaparan , kekenyangan , sihat , sakit dan macam2 lagi... 
bersyukur lah dengan nikmat Allah kita di duga.. itu tandanya Allah sayang pada kita.. Jgn pernah kita menyalahkan Allah kerana hidup kita merana.. jgn!!! sebaliknya. meminta lah pertolongan kepadanya agar di ringan bebanan dugaan ini..ingatlah!! SABAR~~ SABAR ALLAH SENTIASA MENDENGAR DOA KITA... 


ucapkanlah kalimah ALHAMDULILAH~~


KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqarah ayat 216) 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " 
(Surah At-Taubah ayat 129) 

LA TAHZAN~~





No comments:

Post a Comment